Archive for September, 2006

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

September 27, 2006

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang  melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda “Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail”.

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas “Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya”.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda “Sesiapa yang mengumpulkan
dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah
memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar”. (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua’lam
SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
—————————————————

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama “Sujaul Aqra” dan ular itu berkata:

“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.”

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
CUAI SOLAT LIMA WAKTU
—————————————–

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.
 
PEMINUM ARAK
————————-

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu ditengkuk dan ditangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru,”Inilah si polan anak si polan!” Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk(bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.
 

MENGKIANATI HARTA
———————————–

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepada mereka supaya menyelam semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu.

AZAB BAGI YANG KEDEKUT
——————————————-

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada di-sedekahkan atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.

SAKSI BOHONG
————————

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dn tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

MENGUMPAT
———————

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Didalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut.

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlahtaubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal badah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di
dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Wallahua’lam.
 

Amalan Sebelum Tidur

September 25, 2006

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu:
1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….

Bertanya Aisyah: “Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda: “Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali  seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu dan,
perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah “haji dan umrah”.

Mengenai Wanita

September 8, 2006

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada  Rasulullah akan hal  tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang  yang penyayang tidak akan sia-sia”.
 
 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya  1,000 kejahatan.
 
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak  bersalin, maka Allah  mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
 
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara  anaknya yang  sakit, maka Allah memberinya pahala seperti  memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan   orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

 8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari  pasar ke rumah) lalu  diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti    bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah  memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa  bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,        masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
 
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih  besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,  “Suaminya. “Siapa pula  berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang  ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup       pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau  tiga saudara   perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia  bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan  penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu     daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka. “Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah         sebenarnya yang  membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu  sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Selawat di bulan Sya’aban

September 5, 2006

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas -sejauh mata memandang.  Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya. Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka
terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini
kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Q&A

September 4, 2006

Nifsu Sya’aban

September 1, 2006

Assalamu’alaikum w.b.t…

Untuk makluman semua…. Hari Nisfu Sya’aban akan tiba pada hari Khamis
malam Jumaat (sebaik saja masuk maghrib), 7hb September, 2006 (selepas magrib pada hari 14 Sya’aban 1427H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan
seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama
setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, malam = 7 September 2006)
Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, malam = 7 September 2006)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam iman & pohonlah segala yang baik….
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak
22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya’aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada
malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban
kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Malam nisfu Syaaban juga dianggap hari raya Malaikat, begitu juga malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhari raya pada siangnya dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

 Allah akan mengampunkan dosa pada malam nisfu Syaaban kecuali kepada enam orang (golongan):

Orang yang kekal minum arak
Orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa
Orang yang kekal dalam zina
Orang yang banyak berkelahi
Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta
Orang yang memperlagakan orang lain supaya berkelahi

Wallahua’alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA’ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA JUMAAT 8 SEPTEMBER INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK TAHUN HADAPAN…INSYALLAH