Archive for May, 2007

Keberkatan Isteri

May 30, 2007

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami. Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami :
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami :
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami :
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami :
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami :
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak :
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan  didikan agama yang sempurna. maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan :
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya terus masuk syurga

Ucapan Laillahaillallah

May 25, 2007

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burungtadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak
dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung
supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu… “wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan”. bertanya malaikat “Apakah permintaan itu?”. Berkata burung-burung itu   “Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak   membuat bising disini”. Berkata malaikat itu”baiklah aku akan sampaikan kepada Allah”. Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka
Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa
Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di   Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang   disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci  Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Wallahu ‘ alam

rahsia surah Yasin

May 21, 2007

 Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut “SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM ” diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, InsyaAllah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri/suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad SAW yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

DUDUK IFTIRASH

May 11, 2007

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi ‘tekanan reflexology’ yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat ‘tekanan reflexology’ utk sebahagian tubuh
sahaja (tidak meliputi bahagian – Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

pic13967.jpg

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui ‘indirect reflexology excersize’ utk bahagian kritikal – brain, neck, throat, etc…

Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
“Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang
kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)…..”

Hadith shohih riwayat Bukhri.
Pengajaran hadith:

1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

pic31813.gif

Selamat beramal dan menyampaikannya.