Archive for May, 2008

dua iftitah

May 21, 2008

Salams,

(Taken & modified from kitab Fiqh: Umdat-us-Salik Shafi’iyyah)

DU’A IFTITAH (PEMBUKAAN)

· Selepas angkat takbir & lipat tangan – paling minima bacaan patut dibaca: “Wajjah tu waj…etc.”

yang bermaksud:

“Aku memandangkan muka ku kepada Dia yang telah menciptakan Langit dan Bumi, (aku sememangnya) bertauhid, menghambakan diri, dan bukanlah di kalangan golongan syirik. Solat ku, Ibadah ku, hidup ku dan mati ku semata-mata untuk Allah, Tuhan Sekalian Alam, yang tiada sekutu. Lantas aku diperintah, dan aku di kalangan golongan Muslimeen.”

· Du’a Iftitah di-Sunnat-kan baik dalam Solat Fardhu, mahupun Sunnat Nawafil, biarpun semasa duduk; baik kanak-kanak, wanita, lelaki ataupun musafir; Solat bersendiri / berjemaah, menjadi Imam ataupun Ma’mum. TETAPI TIDAK DIBACA DALAM SOLAT JANAZAH.

· Kalau sengaja / tak sengaja tinggalkan Du’a Iftitah, lantas membaca Ta’awudh (“A’udhubillah”…etc.) – maka jangan kembali ke Du’a Iftitah.

· Kalau kita masuk Solat berjemaah yang sudahpun bermula, dan Imam membaca “Ameen” selepas kita baca AllahuAkbar pembukaan – maka kita turut baca “Ameen” dulu, baru baca Du’a Iftitah.

· Kalau kita baca AllahuAkbar pembukaan – sewaktu Imam menghabiskan Salam terakhir dalam Solat, dan kita pun tak sempat nak duduk bersama Jemaah, maka kita baca lah Du’a Iftitah.

· Kalau kita sempat duduk, kemudian kembali Qiyam (berdiri) – maka tak payah baca Du’a Iftitah.

· Kalau masuk Solat berjemaah – dan kita rasa-rasa sempat baca Du’a Iftitah, Ta’awudh dan Al-Fatihah sebelum Imam Ruku’, maka boleh lah baca semua. Tetapi kalau bimbang takut-takut tak sempat, maka tak payah baca Du’a Iftitah & Ta’awudh dan terus ke bacaan Al-Fatihah.

· Kalau Imam Ruku’ sebelum kita sempat habis baca Al-Fatihah, kita turut Ruku’ DENGAN SYARAT kita telah MENINGGALKAN bacaan Du’a Iftitah dan Ta’awudh.

· Tapi kalau kita telah membaca semua, maka kita kena baca Al-Fatihah sebanyak yang mungkin, sebab kalau tidak, maka SOLAT TIDAK SAH.

· Kalau makmum tak sempat Ruku’ bersama-sama Imam, dan Imam telah pun bangkit dari Ruku’, maka makmum tak dapatlah Raka’at tu.

Zikir 80 tahun pahala & 80 tahun dosa

May 21, 2008

Salams All,

Zikir 80 Tahun Pahala & 80 Tahun Dosa – BOLEH START AMAL HARI NI – JUMAAT

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: (mafhum)

“Barangsiapa membaca Salawat ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas menamatkan Solat Asarnya pada hari Jumaat, sebelum berdiri dari tempatnya – Allah akan mengampuni 80 tahun dosanya dan akan mengurniakan pahala 80 tahun Ibadah.”

Maksudnya:

“Ya Allah – kurniakanlah Salam kepada Nabi (SAW) yang tidak mengenali huruf serta keluarga Baginda (SAW)’ dan kurniakanlah Rahmat Mu ke atas Banginda (SAW) dan keluarga Baginda (SAW).”

Pahala 1000 Hari Sekali Baca

Abdullah ibn Abbas RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: (mafhum)

“Barang siapa membaca…

…pahalanya akan membuat para Malaikat sibuk menulis (pahalanya) selama 1000 hari.” (Riwayat Tabrani: At-Targheeb Wa Tarteeb)

Maksudnya:

“ (Aku memohon agar) Allah Ta’ala mengurniakan pahala kepada Muhammad (SAW) sebagaimana yang layak bagi Baginda (SAW).”

Du’a Untuk Tenang Hati Dari Risau Macam-Macam

Ma’qal bin Yasaar RA meriwayatkan:

“Sekali aku meluahkan risau bimbang ku kepada Rasulullah SAW berkenaan lima perkara dalam hidupku.

(Pertamanya) aku bimbang takut-takut kalau-kalau aku sesat dari jalan yang benar. Keduanya tentang kehidupan ku sendiri. Aku bimbang diganggu atau penyakit akan menimpa ku. Ketiga tentang anak-anak ku, yakni (aku bimbang) mereka akan mengalami kesusahan dari segi agama mahupun dunia. Keempat ialah – isteri ku – (aku bimbang) kalau-kalau lah dia juga akan menimpa kesusahan agama mahupun dunia. Kelima ialah – hartaku – aku takutkan kehilangan mahupun kerugiannya.

Selepas mendengari rintihan ku, Rasulullah SAW mengajar ku satu Du’a untuk dibaca sebanyak tiga kali dan (tiga kali) petang (malam pun boleh):

“Bismillahi ‘Ala Deeni Wa Nafsi Wa Waladi Wa Ahli Wa Maali.”

Maksudnya:

“Dengan nama Allah lah segala urusan agama ku, hidup ku, anak-anak ku, keluarga ku dan harta ku.”  (Kanzul Ummaal: Vol 2: Pg 636)

Moga Manfaat.

Wassalam