Zikir 80 tahun pahala & 80 tahun dosa

By -

Salams All,

Zikir 80 Tahun Pahala & 80 Tahun Dosa – BOLEH START AMAL HARI NI – JUMAAT

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: (mafhum)

“Barangsiapa membaca Salawat ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas menamatkan Solat Asarnya pada hari Jumaat, sebelum berdiri dari tempatnya – Allah akan mengampuni 80 tahun dosanya dan akan mengurniakan pahala 80 tahun Ibadah.”

Maksudnya:

“Ya Allah – kurniakanlah Salam kepada Nabi (SAW) yang tidak mengenali huruf serta keluarga Baginda (SAW)’ dan kurniakanlah Rahmat Mu ke atas Banginda (SAW) dan keluarga Baginda (SAW).”

Pahala 1000 Hari Sekali Baca

Abdullah ibn Abbas RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: (mafhum)

“Barang siapa membaca…

…pahalanya akan membuat para Malaikat sibuk menulis (pahalanya) selama 1000 hari.” (Riwayat Tabrani: At-Targheeb Wa Tarteeb)

Maksudnya:

“ (Aku memohon agar) Allah Ta’ala mengurniakan pahala kepada Muhammad (SAW) sebagaimana yang layak bagi Baginda (SAW).”

Du’a Untuk Tenang Hati Dari Risau Macam-Macam

Ma’qal bin Yasaar RA meriwayatkan:

“Sekali aku meluahkan risau bimbang ku kepada Rasulullah SAW berkenaan lima perkara dalam hidupku.

(Pertamanya) aku bimbang takut-takut kalau-kalau aku sesat dari jalan yang benar. Keduanya tentang kehidupan ku sendiri. Aku bimbang diganggu atau penyakit akan menimpa ku. Ketiga tentang anak-anak ku, yakni (aku bimbang) mereka akan mengalami kesusahan dari segi agama mahupun dunia. Keempat ialah – isteri ku – (aku bimbang) kalau-kalau lah dia juga akan menimpa kesusahan agama mahupun dunia. Kelima ialah – hartaku – aku takutkan kehilangan mahupun kerugiannya.

Selepas mendengari rintihan ku, Rasulullah SAW mengajar ku satu Du’a untuk dibaca sebanyak tiga kali dan (tiga kali) petang (malam pun boleh):

“Bismillahi ‘Ala Deeni Wa Nafsi Wa Waladi Wa Ahli Wa Maali.”

Maksudnya:

“Dengan nama Allah lah segala urusan agama ku, hidup ku, anak-anak ku, keluarga ku dan harta ku.”  (Kanzul Ummaal: Vol 2: Pg 636)

Moga Manfaat.

Wassalam

One Response to “Zikir 80 tahun pahala & 80 tahun dosa”

  1. Imam safi'ì Says:

    Lebih jejlas brp ratus amalan

Leave a Reply